Google




rss feed



 
Thursday, January 22, 2009
Restricted by Bro Act. - Cara nak hapuskan.
Baru- baru ni aku kena virus Restricted by Bro Act atau lebih kurang adik beradik Brontok. Memang menyakitkan hati sebab komputer yang dijangkiti setiap window yang dibuka akan tertera Restricted by Bro Act. Antivirus tidak dapat dibuka langsung. Malah virus ni tidak dapat dikesan oleh sesetengah antivirus. Aku dapat virus ni apabila orang cucuk pendrive kat komputer aku. Aku memang tahu Brontok ni banyak menyerang pc-pc kat sekolah. Laptop kakak ipar dan adik aku, yang dua-dua kerja sebagai cikgu sekolah, memang dah kena dengan menatang Brontok ni. Lastly format je. Tapi aku tak nak format pc aku ni. Banyak benda yang aku simpan dan sayang ada dalam pc aku ni. Virus ni memang suka duduk dalam pendrive. Siapa yang cipta virus ni memang patut kena maki hamun. Hidup menyusahkan orang jer. Macam- macam aku try last-last satu je yang berhasil. Sesapa yang belum kena aku sarankan install RemoveIT Pro. Ini software virus removal yang berjaya menyelamatkan komputer aku dari kena format. Software ni free je. Boleh download kat link ni. Jangan dah kena baru nak install. Memang xde maknanya dah. Masa aku kena virus ni, memang susah nak cari software yang betul-betul berkesan nak buang menatang ni. So bila dah kena aku patut kongsi maklumat ni.

RemoveIT Pro V4-SE ...Download Free. Untuk windows XP/ Vista jer.

Maklumat lanjut:http://www.incodesolutions.com/removeit.php

Posted at 01:10 am by shamjohari
Make a comment  

 
Wednesday, April 30, 2008
Browser atau pelayar web alternatif.

Web browser atau pelayar web kebanyakannya adalah percuma. Setiap komputer yang menggunakan platform Window didatangkan dengan Internet Explorer. Namun, jika anda rasa nak berubah angin, cuba install web browser di bawah ini. Pasti ada kelainan dan mana tahu anda mungkin tak akan menggunakan Interner Explorer lagi.

Mula- mula aku pakai browser Internet Explorer. Kemudian aku beralih kepada Mozilla Firefox. Lepas tu, K-Meleon dan sekarang aku pakai Opera. Antara banyak- banyak browser ni, aku rasa Opera paling laju, diikuti K-Meleon.

DOWNLOAD LINK:

Mozilla Firefox -  http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
K-Meleonhttp://spreadkmeleon.com/
Operahttp://www.opera.com/


Posted at 01:19 am by shamjohari
Make a comment  

Ancaman kepada komputer.
Bukan saja virus, spyware, adware dan worm juga merupakan ancaman kepada komputer. Selain daripada antivirus, antispyware dan spyware removers juga penting untuk keselamatan komputer dan data. Senarai antispyware yang percuma:-

DOWNLOAD LINK:

Lavasoft Ad-Aware 2007 7.0.27 - download
Spybot – Search & Destroy 1.5.2 - download
Microsoft Windows Defender - download
SuperAntiSpyware Free Eedition 4.0.1154 - download
Spyware Terminator 2.2.0.411 - download
Trend Micro HijackThis 2.0.2 - download


* Antara gejala yang menandakan komputer anda sudah dijangkiti spyware ialah:

- ia mengalihkan semula kunjungan anda ke sesuatu laman web ke laman lain
- iklan 'pop-up'
- capaian Internet menjadi perlahan
- prestasi komputer menjadi lembab
- komputer menjadi tidak stabil

* maklumat daripada mymetro online, 30/4/2008, kolum Soal Jawab IT


Posted at 01:18 am by shamjohari
Make a comment  

Anti-Virus Percuma.

Bagi pengguna komputer, apa yang paling penting adalah keselamatan komputer dan juga datanya. Apa yang perlu ada tentulah antivirus. Ini merupakan senarai antivirus percuma yang korang boleh download untuk komputer korang.

DOWNLOAD LINK:

AOL Active Virus Shield - download
Avast Home Edition 4.8.1169 - download
AVG Anti-Virus Free Edition 7.5.524 - download
Avira AntiVir Personal – Free AntiVirus 8 - download
BitDefender Free Edition 8 - download
Clam AntiVirus 0.88 - download
Dr.Web CureIt 4.33.2 - download
EAV Antivirus Suite Free Edition 5.65 - download
PC Tools AntiVirus Free Edition 4.0 - download
ThreatFire AntiVirus Free Edition 3 - download

Ini merupakan antivirus yang percuma. Walaupun ada lagi yang lain, bagi aku ni pun dah cukup ok. Pastikan install antivirus lebih dari satu sebab satu antivirus tak mungkin dapat detect kesemua virus. Antivirus yang lain akan menampung kekurangan antivirus yang lain.  Jadikan satu antivirus sebagai antivirus utama untuk komputer, manakala satu lagi sebagai antivirus sokongan. Selalulah update dan buat maintenance check. Adios!


Posted at 01:05 am by shamjohari
Make a comment  

 
Wednesday, February 06, 2008
Limewire. Untuk kaki download.
   

Aku tau ramai kat luar sana suka mendownload kan? X kisahlah lagu ke movie ke gambar ke. Kat sini aku nak kongsi satu software yang berguna buat kaki- kaki download cam aku ni. Walaupun banyak software download, tapi aku lebih suka cerita pasal software Limewire. Software ni free je. Boleh download kat download.com. Software ini sesuai untuk semua sistem operasi windows.


Aku sendiri pun pakai software ni. Layan je. Latest aku download movie I am Legend. Syok maa. Dapat gambar clear giler. Bila download ni ikut nasib gak. Ada yang dapat gambar clear ada gak dapat gambar wayang. Ada gak dapat benda lain. Tajuk tulis lain, last- last download dapat lain. Itu dah biasa. Kalau selalu guna nanti tau lah mana- mana yang betul dan mana yang tak.  Kalau pasal lagu jangan ceritala. Habis penuh hard disk dengan lagu je.

Oklah serba sedikit pasal Limewire, merupakan aplikasi P2P file-sharing paling pantas untuk semua fail komputer seperti muzik, video, gambar, games dan teks dokumen. Ciri- ciri lain termasuk pertanyaan dinamik, preview fail semasa download dan juga antara muka yang mudah dan ringkas.

Limewire spam blocker yang baru menghapuskan keputusan junk, dan update secara automatik supaya tugas mendownload anda lebih pantas dari  versi sebelumnya.. Limewire memastikan tidak ada adware atau spyware. Ia juga dilengkapi sokongan built-in bittorent. Cubalah!

 


Posted at 05:52 am by shamjohari
Comments (2)