|
Baru- baru ni aku kena virus Restricted by Bro Act atau lebih kurang adik beradik Brontok. Memang menyakitkan hati sebab komputer yang dijangkiti setiap window yang dibuka akan tertera Restricted by Bro Act. Antivirus tidak dapat dibuka langsung. Malah virus ni tidak dapat dikesan oleh sesetengah antivirus. Aku dapat virus ni apabila orang cucuk pendrive kat komputer aku. Aku memang tahu Brontok ni banyak menyerang pc-pc kat sekolah. Laptop kakak ipar dan adik aku, yang dua-dua kerja sebagai cikgu sekolah, memang dah kena dengan menatang Brontok ni. Lastly format je. Tapi aku tak nak format pc aku ni. Banyak benda yang aku simpan dan sayang ada dalam pc aku ni. Virus ni memang suka duduk dalam pendrive. Siapa yang cipta virus ni memang patut kena maki hamun. Hidup menyusahkan orang jer. Macam- macam aku try last-last satu je yang berhasil. Sesapa yang belum kena aku sarankan install RemoveIT Pro. Ini software virus removal yang berjaya menyelamatkan komputer aku dari kena format. Software ni free je. Boleh download kat link ni. Jangan dah kena baru nak install. Memang xde maknanya dah. Masa aku kena virus ni, memang susah nak cari software yang betul-betul berkesan nak buang menatang ni. So bila dah kena aku patut kongsi maklumat ni.
RemoveIT Pro V4-SE ...Download Free. Untuk windows XP/ Vista jer. Maklumat lanjut:http://www.incodesolutions.com/removeit.php |
| Leave a Comment: |